? ??????????????Warm Tones? ????? ?? ???Rating: 1.0 (1 Rating)??11 Grabs Today. 1509 Total Grabs. ??????Pr
eview?? | ??Get the Code?? ?? ??????????????????????? ??????Purple Dreams? ????? ?? ???Rating: 4.6 (17 Ratings)??10 Grabs Today. 20592 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Selasa, 17 November 2009


Saat menjelang tidur..
Berharap esok masih berkawan pagi
melewati mimpi-mimpi dan lalu terjaga lagi

Selalu begitu..
Seiring waktu dan gerak nafsu
Enggan tinggalkan pagi dan selalu ingin berkawan pagi...

Bukankah tetap akan mati?
Jasadmu akan membusuk nanti...
Terkubur bumi dan tidak lagi berkawan pagi...

Pagi itu akan berlalu...
Mengiringi tunda dan tebar butir-butir debu..
Dari kaki-kaki para pelayat

Maka hidupkanlah...
Satu senyuman menjelang tidurmu
Tuk sambut mimpi-mimpi duniawi..
Tentang pagi dan secuil roti untuk sarapan pagi..

Kerana mungkin..
esok hari tidak lagi engkau berkawan pagi..
Mati.

Dan jadikan senyuman itu...
sebagai warisan yang abadi..

diambil dari iluvislam


Jumaat, 6 November 2009

Masjid Kristal,Terengganu.





Rabu, 4 November 2009

KEHIDUPAN & PERHUBUNGAN

               Cantik Dengan Wuduk              
Islam merupakan agama yang indah. Keindahan Islam adalah sesuatu yang menyeluruh dan ia meliputi bukan sahaja kecantikan jasmani tetapi juga kecantikan rohani. Sememangnya kecantikan, tanpa mengira kecantikan rohani mahupun jasmani menjadi idaman setiap insan biarpun definisi tentang kecantikan bagi setiap individu adalah berbeza.


Sabtu, 31 Oktober 2009

Dari Kerana Mata


9Tip Penjagaan Mata di Hadapan Komputer.

  1. Pilihlah monitor yang berbentuk LCD/ plasma kerana monitor ini dipecayai lebih baik daripada monitor model lama.


  2. Jaga jarak mata kamu dengan monitor. Jarak paling ideal antara mata dan monitor adalah 30cm.


  3. Selaraskan kedudukan mata dengan monitor, jangan terlalu rendah dan jangan terlalu tinggi.


  4. Selaraskan warna pada monitor sehingga sedap mata memandang. Jangan terlalu gelap kerana akan menyebabkan mata bekerja terlalu keras sehingga mata menjadi kering.


  5. Sentiasa kedipkan mata kerana ia akan merangsang kelenjar air mata untuk mengeluarkan air mata yang berfungsi membuatkan mata menjadi lembap.


  6. Kamu juga boleh menggunakan cermin mata khas untuk penggunaan komputer.


  7. Perhatikan cahaya di sekitar ruangan tempat kamu menggunakan komputer.Pastikan ruang mendapat cahaya yang cukup.


  8. Setelah menggunakan komputer dalam jangka masa yang lama, Rehatkan mata sekurang-kurangnya 15 minit.Kamu boleh melihat objek yang berwarna hijau.


  9. Perbanyakkan makanan yang mengandungi vitamin A atau yang mempunyai betacarotine kerana ia baik untuk mata.  
    informasi dari remaja.

Memori Zaman Sekolah....Masa Trip Ke KL.





                                                Me&miza

Ahad, 25 Oktober 2009

Kegembiraan weekend di pantai poli.


mereka yang turut ikut sama.

INFO KESIHATAN


Telur Separuh Masak Baik Untuk Jantung.
Bersarapan dengan roti bakar dan telur separuh masak memang menyelerakan.
Jika kamu menggambil telur putih separuh masak bersama mayonis bebas lemak dan hirisan salad
hidangan ini mampu memberi tenaga berpanjangan untuk kamu sepanjang hari. Mengikut kajian, hidangan ini mampu memberi perlindungan serta menjaga kesihatan jantung kamu.

Info kesihatan diambil dari majalah remaja.

10 Nasihat Untuk Orang Bercinta.

"Orang yang paling dicintai oleh
ALLAH
adalah orang yang paling berguna bagi orang lain"
Informasi diambil dari: I Iove Islam.

Berikut adalah nasihat-nasihat  yang berguna bagi orang-orang yang bercinta.
  1. Janganlah kau memberikan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.
  2. Bercintalah kau dengannya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' bukan jodoh untukmu.
  3. Jika engkau mahu berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik 'si dia'.
  4.  Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariatNYA.
  5. Kebahagiaan yang engkau lihat sebelum berkahwin hanyalah palsu, yang hakiki selepas anda diijabkabulkan.
  6. Jika engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik terlebih dahulu.
  7. Membina keserasian sebelum bercinta, bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang patut engkau tahu.
  8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.
  9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawa ke gerbang perkahwinan.
  10. Jangan biarkan nafsumu bercinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagiaan dirimu. Setiap nasihat mungkin tidak relevan dengan seseorang, mungkin ia relevan dengan orang lain..

PUJI ORANG LAIN UNTUK RASA LEBIH GEMBIRA.


Ingat hidup ini bukan hanya menerima, bahkan juga memberi. Tahukah anda memuji rakan-rakan atau sesiapa yang anda jumpa sebenarnya boleh merangsang rasa gembira di hati anda. Apabila orang yang dipuji tertawa dan mengucapkan terima kasih, anda bukan sahaja menggembirakan di bahkan diri anda sendiri. Apapun sebelum anda melakukannya, kata kunci semua ini hanya satu iaitu IKHLAS!
Informasi diambil dari: RAPI.


                                               class DSK1S1!